Wednesday, February 17, 2010

PROGRAM TAMBAHAN

PROGRAM TAMBAHAN

1. KURSUS SEPARUH MASA
- Terbuka kepada individu/pekerja industri yang berminat.
- Kemudahan tempat tinggal, makan minum tidak disediakan.
- Yuran latihan tidak dibiayai
- Persijilan adalah seperti kursus sepenuh masa
- Kursus dilaksana di luar waktu pejabat
- Sila hubungi IKBN/IKTBN untuk maklumat lanjut


2. KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (CUSTOMISE)
- Terbuka kepada individu/pekerja industri yang berminat
- Modul kursus boleh diubahsuai mengikut kehendak peserta
- Kemudahan tempat tinggal, makan minum tidak disediakan
- Yuran latihan tidak dibiayai
- Sijil kehadiran kursus akan dikeluarkan oleh IKBN/IKTBN yang berkenaan
- Kursus dilaksana di luar waktu pejabat
- Sila hubungi IKBN/IKTBN untuk maklumat lanjut.



3. PROGRAM SKILL 2Y (Kemahiran kepada Belia)
IKBN dilihat sebagai satu saluran yang dapat membentuk usaha Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan berbagai aktiviti yang dapat membentuk minat didalam kerja tangan (kemahiran) khususnya kepada belia lepasan sekolah dan belia yang sedang bekerja bagi memantapkan skill mereka.

Program Skill 2Y merupakan program latihan jangka pendek untuk belia-belia dalam bidang kemahiran yang dijalankan secara tidak formal. Program ini disediakan kepada masyarat berhampiran tempat kediaman mereka supaya mudah untuk peserta menghadiri kursus.

Terbuka kepada :
1. Belia lepasan sekolah
2. Belia sedang bekerja
3. Ahli-ahli persatuan belia
4. Belia didalam lingkungan umur 18 hingga 30 tahun

Objektif program :
1. Mengoptimakan segala kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga manusia yang terdapat di IKBN untuk faedah belia dan masyarakat setempat juga IKBN sendiri.
2. Mendedahkan bidang kemahiran yang terdapat di dalam IKBN disamping menyediakan peluang mendapatkan latihan kemahiran dan laluan kerjaya kepada belia.
3. Membantu menerapkan minat belia-belia dalam menjana tenaga mahir untuk membangunkan negara mereka sendiri tanpa bergantung kepada pekerja asing semata-mata.
4. Mengisi masa senggang para belia di hujung minggu.
5. Mempromosikan bidang-bidang kemahiran yang kurang popular di kalangan remaja masa kini.

Kemudahan yang diberikan kepada para peserta program :
1. Bahan latihan (Bahan guna habis)
2. Makan minum peserta
3. Penginapan peserta
4. Utiliti
5. Persijilan Peserta
6. Insuran Peserta
7. Pakaian Peserta

Tempoh Kursus :
Selama 3 hari 2 malam
(Jumaat, Sabtu dan Ahad) = selama 20 jam.

Kapasiti peserta :
Minimum = 5
Maksimum = 15

Antara kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan :
1. Membuat Kek
2. Service enjin motorsikal
3. Menjahit Baju Kurung Tradisional
4. Melukis Pola Baju Melayu
5. Memasak makanan barat
6. Mencanting Batik
* Kursus di atas bukan kursus wajib, tertakluk kepada perubahan.

Penyertaan :
Sila hubungi IKBN setempat bagi mengetahui kursus yang ditawarkaan.

4. B) PROGRAM SKILL 4Y (KEMAHIRAN UNTUK BELIA)
Program Skill 4Y merupakan program latihan jangka pendek untuk belia-belia untuk mendapatkan kemahiran. Peserta akan diberi latihan kemahiran oleh tenaga pengajar IKBN dengan menggunakan kemudahan bengkel dan peralatan di IKBN.

Objektif program :
1. Mengoptimakan segala kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga manusia yang terdapat di IKBN untuk faedah belia dan masyarakat setempat juga IKBN sendiri.
2. Mendedahkan bidang kemahiran yang terdapat di dalam IKBN disamping menyediakan peluang mendapatkan latihan kemahiran dan laluan kerjaya kepada belia.
3. Membantu menerapkan minat belia-belia dalam menjana tenaga mahir untuk membangunkan negara mereka sendiri tanpa bergantung kepada pekerja asing semata-mata.
4. Mengisi masa senggang para belia di hujung minggu.
5. Mempromosikan bidang-bidang kemahiran yang kurang popular di kalangan remaja masa kini.

Terbuka kepada :
1. Belia didalam lingkungan umur 16 hingga 25 tahun yang boleh membaca dan menulis.
2. Syarat-syarat lain mengikut keperluan kursus contoh ; buta warna, kecacatan anggota.

Borang boleh diperolehi :
- IKBN

Kursus-kursus kemahiran adalah seperti berikut :
a. Bidang Kej Elektrikal
1. Kursus Pemasangan Elektrik (lampu, kipas, plug)
2. Kursus Penyelenggaraan Pendingin Hawa
3. Dll...

b. Bidang Kej Elektronik
1. Kursus Sistem Penggera
2. Kursus Sensor
3. Dll....

c. Bidang Kej Mekanikal
1. Kursus Membuat Jeriji Besi
2. Kursus Membuat Papan Tanda Berlampu
3. Dll...

d. Bidang Kej Awam
1. Kursus Pemasangan Jubin
2. Kursus Penerapan Bata
3. Kursus Penyenggaraan Pintu
4. Kursus membuat Sistem Pancuran Air
5. Dlll...

e. Bidang Kej Automotif
1. Kursus Penyenggaraan Brek
2. Kursus Penyenggaraan dan Penalaan Enjin
3. Kursus Penyenggaraan Pendingin Hawa
4. Kursus Asas Auto Elektrik
5. Kursus Penyenggaraan Motorsikal
6. Dll...

f. Bidang Teknologi Makanan
1. Kursus Menghias Kek
2. Kursus Ukiran Buah-buahan
3. Kursus Memasak Pasta
4. Kursus Table Setting & Napkin Folding
5. Dll

g. Bidang Tekstil dan Apparel
1. Kursus Jahitan Manik
2. Kursus Jahit Langsir
3. Kursus Asas Jahitan Tangan (Sembat, tulang Belut)
4. Kursus Mencanting Tudung
5. Kursus Sulaman Reben
6. Dll

h. Bidang perkhidmatan Personel

1. Kursus Rawatan dan Penjagaan Kuku
2. Kursus Teknik Memotong Rambut
3. Kursus Asas Solekan
4. Kursus Rawatan Muka
5. Dll

i. Bidang Kej Marin
1. Kursus Penyenggaraan Enjin Bot
2. Dll

j. Bidang Teknologi Komputer dan Multimedia
1. Kursus Pemasangan Komputer
2. Kursus Menyunting Grafik
3. dlll

* Kursus di atas bukan kursus wajib, tertakluk kepada perubahan.

Kemudahan yang diberikan kepada para peserta program :
1. Bahan latihan (Bahan guna habis)
2. Makan minum peserta
3. Penginapan peserta
4. Utiliti
5. Persijilan Peserta
6. Insuran Peserta
7. Dobi
8. Student kit

Tempoh Kursus :
Selama 3 hari 2 malam
(Jumaat, Sabtu dan Ahad) = selama 20 jam.

Kapasiti peserta :
Minimum = 5
Maksimum = 15

Penyertaan :
Dapatkan borang di IKBN berdekatan.