Thursday, February 17, 2011

SEKAPUR SIREH

LATAR BELAKANG

Institut Kemahiran Belia Negara dikawal selia oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kemahiran berfungsi menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia-belia di Malaysia berlandaskan kepada piagam berikut :


Piagam Pelangan


1. Memastikan keputusan permohonan memasuki program latihan kemahiran diketahui lima (5) minggu selepas tarikh permohonan ditutup.


2. Memastikan pengajar menghadiri kursus peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam setahun.


3. Memastikan modul latihan dikaji semula dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh arahan yang dikeluarkan oleh badan pengiktirafan.


4. Memastikan kemudahan dan peralatan latihan memenuhi keperluan standard industri.


..................................................................................................................................................................................................................................

VISI / MISI / OBJEKTIF BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

VISI

"Membina Generasi Belia Yang Mempunyai Jati Diri dan Kompeten Dalam Kemahiran Bagi Memenuhi Keperluan Pembangunan Negara"


MISI

"Menghasilkan Belia Yang Berkemahiran, Berdisiplin, Berakhlak Mulia dan Berwawasan Untuk Keperluan Tenaga Kerja Selaras Dengan Pembangunan Negara"


OBJEKTIF

"Menyediakan Peluang Latihan Kemahiran Kepada Belia Melalui Pelbagai Pendekatan Untuk Melahirkan Tenaga Mahir bagi Memenuhi Keperluan Negara"




.........................................................................................................................................................................................................................................
Latar Belakang IKBN




Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.


MATLAMAT
1. Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah.
2. Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
3. Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk


belia yang mempunyai jati diri unggul.


KONSEP LATIHAN
IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-

> Latihan Kemahiran

> Kepimpinan dan Ketatanegaraan
> Keagamaan dan Kerohanian
> Keusahawanan
> Kawad
> Sukan dan Rekreasi







...............................................................................................................................................................................................

PENGERTIAN LOGO
















Perisai

Membawa makna IKBN menjadi tempat naungan bagi belia memperolehi latihan kemahiran. Warna biru membawa makna IKBN melahirkan tenaga kerja kolar biru yang berkemahiran dan diiktiraf.


Gear

Membawa makna belia yang berkemahiran adalah penggerak kepada pembangunan negara. Warna kuning membawa maksud kecermelangan dalam latihan adalah aspek yang sentiasa dititik beratkan dalam pembelajaran di IKBN.


Lengkungan dalam Gear Bewarna Merah

Membawa makna IKBN berusaha memupuk sifat keberanian dan semangat kental para pelajar bagi menempuhi cabaran dalam alam pekerjaan yang bakal ditempuhi.


Simbol Buku

Membawa maksud ilmu yang diterapkan kepada para belia di IKBN merangkumi pelajaran amali dan teori. Kulit buku bewarna hijau bermaksud para belia juga diterapkan dengan ilmu keagamaan dan nilai murni bagi melahirkan belia yang mahir dan bersifat mulia.