Wednesday, February 17, 2010

PENGAMBILAN

PENGAMBILAN PELAJAR
1. Pengambilan pelajar diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.
2. Iklan pengambilan disiarkan di akhbar-akhbar utama pada bulan Mac dan September.
3. Permohonan kemasukan dilaksanakan secara ‘online’ di laman web Kementerian Belia dan Sukan,
www.kbs.gov.my.


KELAYAKAN MASUK
1. Warganegara Malaysia.
2. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya tamat tingkatan 5. (Keutamaan adalah kepada calon yang lulus Bahasa Melayu, Sains dan Matematik diperingkat SPM/SPMV).
3. Belum pernah berkahwin
4. Berbadan sihat
5. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.

* Tertakluk kepada syarat kursus dalam iklan pengambilan.



KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1. Elaun saku mengikut tahap latihan
2. Penginapan dan makan minum percuma
3. Perubatan di klinik dan hospital kerajaan
4. Kemudahan sukan, rekreasi dan aktiviti kerohanian
5. Peralatan latihan yang moden dan terkini mengikut keperluan industri
6. Perpustakaan, makmal dan bengkel yang lengkap